MyBrainSc Scholarship Interview Experience

Assalamualaikum and hello peeps! So, if you read the last post that I already posted, this post is going to be about the scholarship interview that I had attended.


 Going to a Scholarship Interview

Ok, cerita dia camni.. Saya masa tu belum habis asasi (in semester 2), dan saya carilah biasiswa-biasiswa yang boleh saya apply sebab banyak dateline biasiswa-biasiswa adalah sebelum saya habis asasi saya. So, saya check requirement sesuma... n poof! jumpa lah satu biasiswa ni yang saya tepati syarat-syarat dia.

Now, saya nak bagitahu sikit pasal biasiswa ni. Biasiswa ni nama dia Biasiswa MyBrainSc. Ia adalah biasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan biasiwa ni adalah khas untuk pelajar yang ingin mengikuti atau sedang mengikuti pengajian di peringkat degree, master n PhD. Bidang-bidang pengajian yang ditaja pula  ialah bidang sains2 tulen seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik and last but not least, objektif biasiswa ni mainly untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekarang untuk menyambung pelajaran dlm bidang sains2 tulen. Ini secara langsung dapat melahirkan saintis2, researchers bahkan pensyarah dlm bidang tersebut dan memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai asas bagus dlm sains dan inovasi. So, kepada orang-orang di luar sana yang minat..bolehlah tahun2 depan apply lah scholarship ni. Ia dibuka setahun sekali, so peka lah dengan tarikh dia.

So, lepas saya memohon biasiswa ni, tak sampai sebulan camtu keluarlah mengenai semakan untuk tengok layak ke tak untuk menduduki ujian saringan biasiswa ni. Saya menyemak di portal biasiswa itu dan alhamdulillah, layak menduduki ujian saringan tersebut. Pastu, saya buat buat ujian tu, dan tepat pada 12 May 2017, pihak MyBrainSc emel saya mengatakan boleh check samada dipanggil temuduga ke tak . Saya masatu berdebar2.. tak tahu nak expect apa.. and guess what.. dipanggil juga:) So, dia suruh cetak surat panggilan temuduga tu dan saya dapat tarikh 24/5/17 untuk hadir temuduga tu. Memandangkan ni kali pertama dipanggil interview(ya, first time ever in my entire life), saya sangat teruja tapi risau jugak sebab tak tahu apa apa pasal bab2 interview  ni. hahaha

Lepas prepare2 semua, tibalah hari interview tu... My mum bawak saya ke tempat interview tu and we keluar dari rumah lambat jugak..but manage to sampai 1 hour before the iv starts. Dan, saya masa saat tu dah rasa nervous dah psl iv yang bakal saya hadapi pada hari tu. Tiba di meja pendaftaran, saya mendaftar and amik nombor giliran semua sambil serahkan dokumen-dokumen yang diminta (Nasib baik cukup). Pastu saya diarahkan untuk pergi ke satu bilik menunggu yang besar (agak besar la, hahahah) dan tunggu untuk mendengar taklimat psl biasiswa ni. Lepas dengar taklimat tu, dia cakap goodluck kat semua calon2 dan dum,dum,dum..the interview starts!

Giliran saya masa tu yang awal awal jugak. Saya dipanggil bersama dua lagi calon lain untuk masuk dlm satu bilik temuduga. pastu kami masuk dan beri senyuman kat panel-panel temuduga. Sejurus saja saya masuk bilik tu, saya nampak ada dua interviewers dan kerusi calon ada tiga yg diletak bersebelahan antara satu sama lain. Saya duduk dan first thing yang saya nampak ialah the interviewers scan me from top to bottom! (dlm hati saya, saya berkata"oh no, ada yang tak kena dengan baju saya ke?") But, saya tetap kekal tenang.

Nah, ni pelan mudah bilik temuduga itu:-

My kind of plan of what the room looks like :)

Dan untuk info korang, saya adalah calon nombor tiga daripada tiga orang calon tu, so maksudnya saya kena tunggu turn saya iaitu selepas both of the candidates finish answering that particular question. Saya duduk berhampiran dengan pintu macam dalam pelan di atas. Ok, now here comes the questions. One of the interviewers tanya kami bertiga "tell me about yourself". So, the first candidate answer it and he could answer it smoothly. Then, the second candidate answer the same question as the interviewers asked her to answer it, and then giliran saya pula. Saya cakap pasal my education path( latest one), hobi saya dan cakap pasal knp pilih pure chemistry..masa ni nervous jugak lah bila tengah cakap tu....huhuhu.

Soalan kedua panel temuduga tanya ialah " can you explain about your family background? "
So yeah, soalan tu tak susah mana pun tapi apa yang susah ialah cara untuk kita menyampaikannya dengan baik.

Soalan ketiga panel ialah "five years from now, what do you picture yourself achieve? " Soalan ni saya jawab pasal apa yang saya rasa saya sudah ada nanti, macam a degree, working as something i like....So, yang soalan ni saya cakap panjang sikit and give more points compared when answering the previous questions. Oh, pastu tiba tiba satu soalan general knowledge ditanya kepada kami bertiga!
dia tanya pasal university ranking dalam Malaysia. Dalam hati saya, saya dah tersenyum kerana saya tahu pasal benda tu dan baca tentangnya. Apabila tiba giliran saya menjawabnya, saya jawab dan interviewer tu kata "ya, she's right" yayyy..bisikan meriah hati saya masa itu.hahahhaha

Ohh, tapi masa dia tanya soalan ketiga tu...saya ada tambah perkara yang tak perlu tambah seperti saya membawa naik isu pilihan program dalam upu! Dan panel2 mulalah tanya banyak kenapa awak buat pilihan itu dan saya harus justify dan meyakinkan mereka semula.. tapi nak buat camane, dah terlepas dah dari mulut.

Soalan terakhir panel-panel ialah "do you have any questions?" So, kami tanyalah soalan yang berkaitan dengan biasiswa tersebut.

Overall, interview ni adalah biasa2 je bagi saya..maksud saya ialah saya tidak buat baik sangat dalam sesi temuduga itu tetapi saya juga berpuas hati kerana dapat bercakap mengenai isi yang hendak disampaikan.. Oh, dan tips saya ialah yakin dengan diri sendiri dan minta lah restu dari ibu bapa korang.. Bincanglah pasal soalan yang ditanya kepada korang ikhlas dari hati kerana panel- panel dapat tahu orang yang berpura-pura. Satu lagi, datanglah awal supaya anda masih segar untuk menghadapi temuduga dan tidak panik. Harap2 tips-tips dan pengalaman saya ini membantu korang semua 💓

Akhir kata, sekarang ni saya sedang menunggu emel dari pihak biasiswa dan tengoklah cemane :).

Thank you for reading! Byee 


Comments

  1. hi can i ask something? can we speak in malay during iv? i mean, ada ke yang jawab soalan in malay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi 😊. For Mybrainsc iv, the panels prefer us to answer in English. But, ada je yg I tersasur ckp dlm bahasa Melayu. But, yeah..answer it mainly in English should be better.

      Delete
    2. Did you get the scholarship?

      Delete
    3. May i know what are the documents that need to bring during the interview?

      Delete
  2. Hye nk tanya..if pendidikan biology bole mohon tk

    ReplyDelete
  3. Hi, kalau course bacelor sains fizik dgn pendidikan still dikira course pure science ke ?

    ReplyDelete
  4. sains fizik dgn pendidikan dikira course sains tulen ke ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts